PIAGAM PELANGGAN PEJABAT NAIB CANSELOR

 

Pejabat Naib Canselor berjanji dan komited dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, profesional, berintegriti dan beretika serta mesra mengikut piagam pelanggan seperti berikut:

 

1. Memastikan keputusan-keputusan Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) dikeluarkan kepada pegawai/jabatan yang berkaitan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas mesyuarat.

 

2. Memproses dan meluluskan permohonan ke luar negara bagi tujuan rasmi dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

 

3. Memproses dan meluluskan permohonan ke luar negara bagi tujuan persendirian dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

 

4. Memastikan permohonan keraian pejabat diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas diterima.

 

5. Memastikan permohonan insurans ke luar negara diproses dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh Kelulusan Ke Luar Negara.