This image for Image Layouts addon

    Pengenalan
    Universiti Teknologi MARA

    UiTM telah melalui perkembangan yang amat pesat sejak mewarnai  sektor pengajian tinggi pada tahun 1956. Ia telah mengembangkan sayapnya ke seluruh negara dengan mempunyai sebanyak 13 buah kampus cawangan dan  21 kampus satelit. Dengan tenaga kerja seramai kira-kira 17,000 orang dalam satu rangkaian yang besar, universiti ini menawarkan lebih daripada 500 buah program akademik dalam suasana yang kondusif dan ceria. Ia juga merupakan rumah kedua bagi 169,000 orang pelajar.
    Learn More

    PEJABAT NAIB CANSELOR

    Semasa ITM diterajui oleh Pengarah, pejabat ini dipanggil sebagai Pejabat Pengarah. Banyak fungsi pentadbiran diletakkan di bawah Pejabat Pengarah termasuk hal-hal berkaitan dengan perjawatan, perkhidmatan, latihan dan perhubungan awam. Mulai Julai 1969 fungsi-fungsi pentadbiran berkaitan dengan perjawatan dan perkhidmatan kakitangan dipusatkan di bawah Pejabat Pendaftar.

    Apabila ITM dinaiktaraf sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada 26 Ogos 1999, nama pejabat ini ditukar kepada Canseleri. Dari segi fungsi, pejabat ini memberi perkhidmatan pentadbiran kepada Naib Canselor dalam menjalankan tugas-tugas hariannya.

    PIAGAM PELANGGAN PEJABAT AM NAIB CANSELOR

    Pejabat Am Naib Canselor berjanji dan komited dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, profesional, berintegriti dan beretika serta mesra mengikut piagam pelanggan seperti berikut:

    1. Memastikan keputusan-keputusan Mesyuarat Majlis Eksekutif Universiti (MEU) dikeluarkan kepada pegawai/jabatan yang berkaitan dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas mesyuarat.

    2. Memproses dan meluluskan permohonan ke luar negara bagi tujuan rasmi dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

    3. Memproses dan meluluskan permohonan ke luar negara bagi tujuan persendirian dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.

    4. Memastikan permohonan keraian pejabat diproses dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja selepas diterima.

    5. Memastikan permohonan insuran ke luar negara diproses dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh kelulusan ke luar negara.

     

     

    GOV LINKS

     

    QUICK LINKS

     

    CONTACT US

     

     

     

    Pejabat Naib Canselor 
    Aras 6, Canseleri Tuanku Syed Sirajuddin,
    Universiti Teknologi MARA,
    40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

     

    canseleri@uitm.edu.my

     

    Tel : +603-55442024

    Faks : +603-55442223

     



    Website Statistics

    Today


    *Data source: Google Analytics

    © COPYRIGHT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA 2020.

    © 2015 Your Company. All Rights Reserved. Designed By JoomShaper

    Please publish modules in offcanvas position.